Monday, July 20, 2009

Laporan Ralat Emis Online PPD Padawan Seperti Pada 21 Julai 2009

Untuk Makluman Semua Guru Data Sekolah.

Sila muat turun laporan ralat emis online bagi PPD Padawan seperti pada 21 Julai 2009 untuk makluman dan tindakan guru data sekolah.

Sekian, terima kasih.

Download

Sunday, June 28, 2009

EMIS ONLINE PULIH

Makluman kepada semua guru data sekolah.

Capaian ke Emis Online kini telah pulih sepenuhnya dan boleh dicapai di http://apps.moe.gov.my/emisportalbaru.

Untuk itu, diharapkan agar semua guru data dapat mengemaskini data sekolah tuan/puan sebelum 30 Jun 2009 atau minggu pertama bulan Julai.

Taklimat untuk Aplikasi Emis Online akan diadakan pada:

Kumpulan A (Sek Men dan SJK) pada 02 Julai 2009 (Khamis) jam 2.30 ptg di Bilik Mesyuarat, PPD Padawan

Kumpulan A (Sek Keb) pada 03 Julai 2009 (Jumaat) jam 2.30 ptg di Bilik Mesyuarat, PPD Padawan

Monday, June 22, 2009

EMIS ONLINE



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada semua guru data sekolah yang terlibat dalam pengemaskinian data emis secara online, di sini ingin dimaklumkan bahawa terdapat sedikit ganguan untuk mencapai laman web KPM terutama laman emisonline disebabkan percubaan migrasi server yang dilakukan oleh pihak BPM (Bhgn Pengurusan Maklumat), KPM.

Berikut adalah petikan email yang dihantar kepada kita untuk makluman tuan/puan.

PEMAKLUMAN DARIPADA EPRD: (23 JUN 2009 - SELASA)

Assalamualaikum,

Di sini saya ingin jelaskan tentang masalah aplikasi emis online yang berlaku sejak minggu lepas sehingga sekarang adalah disebabkan oleh masalah capaian server KPM ke database emis online. Ini berlaku akibat daripada testing migrasi server yang dilakukan oleh pihak BPM (Bhgn Pengurusan Maklumat), KPM. Segala masalah yang timbul amatlah dikesali oleh pihak kami di EPRD. Kami sedaya upaya cuba meminta pihak BPM menyelesaikan masalah secepat mungkin. Sebarang maklumat terkini akan kami maklumkan dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

Kami di Unit ICT dan Pengurusan Maklumat PPD Padawan akan memaklumkan apa saja perkembangan terbaru kepada anda.

Sekian, harap maklum.

Sunday, June 21, 2009

Exclusive: Microsoft's new Anti-Virus, 'Morro', revealed

Microsoft telah membina aplikasi antivirus yang bakal mengantikan Microsoft OneCare yang dinamakan MORRO sempena nama sebuah pantai di Brazil.

Muatturun di sini








Download Microsoft Security Essentials

32-bit (x86) Windows Vista and Windows 7: mssefullinstall-x86fre-en-us-vista.exe
64-bit (x64) Windows Vista and Windows 7: mssefullinstall-amd64fre-en-us-vista.exe
Windows XP: mssefullinstall-x86fre-en-us-xp.exe

Sunday, February 22, 2009

Tips IT: Bagaimana nak hapuskan virus di komputer anda.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di sini saya ingin menerangkan dengan serba ringkas bagaimana anda menghapuskan virus/malware/spyware di komputer anda. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:
a. combofix - download
b. smitfraudfix - download

Langkah 1
* Hidupkan komputer anda dalam mode safe mode dengan menekan butang F8 selepas anda hidupkan komputer anda.

Langkah 2
* Pastikan semua antivirus telah dimatikan sementara sebelum menjalankan operasi ini.

Langkah 3
* Jalankan aplikasi Combofix.exe. Ikut arahan yang tertera. Biarkan ianya mencuci komputer anda sehingga selesai.

Langkah 4.
* Selepas tamat aplikasi Combofix.exe, jalankan aplikasi SmitFraudFix.exe. Ikut arahan yang tertera.

Langkah 5
* Restart komputer anda dan update antivirus anda.

Selamat mencuba. Sekirnya ada masalah, hubungi kami di Unit Pengurusan Maklumat dan ICT, PPD Padawan.

Friday, February 20, 2009

VERIFIKASI DATA EMIS UNTUK ABM 2009

Verifikasi Data Emis Untuk Anggaran Belanja Mengurus 2009 akan diadakan pada 23 Februari 2009, jam 2.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat, PPD Padawan.

Kerjasama dipohon agar semua Guru Data Sekolah dapat membuat pengemaskinian data seperti pada 31 Januari 2009 bagi tujuan verifikasi tersebut.

Sebarang kemusykilan, sila hubungi Unit Pengurusan Maklumat dan ICT, PPD Padawan di 082 253567.

Sekian, harap maklum.
 

©2009 UICT | by TNB